Ketulusan hati :)

Ketulusan Hati, sape tahu lagu ni??
Alah, penyanyi dia Anuar Zain :)



Anuar Zain !

Comel ken muka dia? Haha, Sebenarnya lagu dia yang aku nak ceritakan. "Ketulusan Hati," dengar tajuk pun dah rasa macam something ken? Sungguh mendalam maksudnya kalau difahami. Yepp, "Ketulusan Hati" apabila kita mencintai seseorang. Lebih mudah difahami, Cintai Allah S.W.T . Sangat tulus dan ikhlas. Cinta Allah yang tiada belah bahagi. Allah hu akbar!

Kalau difikirkan, betapa kecilnya kita di sisi Allah S.W.T . Hmm, memang tak terhitung dosa yang kita dah buat. Ada orang lebih banyak buat dosa dari pahala, ada pula orang yang buat banyak pahala dari dosa. Tu Alhamdulillah, yang buat dosa tu Astaghfirullahaladzim.

Kalau kita hayati lirik lagu yang Anuar Zain nyanyi tu, 89% hati kita akan rasa sebak dan baki 11% tu automatik air mata kita akan mengalir secara sendiri tanpa paksaan (Main tembak je peratus tu, heehe :) Hebat ken perasaan kita ni? Mampu mengalirkan air mata dengan menghayati sesuatu. Penghayatan amat penting jika kita mahu mencari sesuatu ketulusan. Kalau tiada penghayatan, mana nak datang ketulusan? Ketulusan dalam perhubungan. Ketulusan. Adakah anda tulus dalam perhubungan anda dengan Allah? Wacehh tanya orang pula :p

Percayalah, cinta Allah S.W.T adalah cinta agung yang tiada bandingan. Cintailah Allah jika mahu diri anda terus dicahayai iman dan taqwa. Cintailah Allah jika mahu hidup tenang. Bercinta dengan Allah S.W.T lebih seronok berbanding bercinta dengan manusia yang hanya tahu mainkan perasaan. Hohoo~ Allah lebih setia dari manusia ken? Manusia hanya pandai berjanji tapi tak reti nak tunaikan. Tiap saat apa yang kita rasa Allah lebih tahu berbanding manusia. Kalau kita tengah sedih Allah yang dapat menenangkan hati kita. Manusia? Hanya tahu sakitkan hati kita saja. Nampak ark permainan dia? Haha~ Tapi setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan. Tak boleh lari pun dari buat silap. Jika kita dapat peluang kedua, gunakan lah, jangan mempersiakannya. Tak semua orang dapat peluang kedua tu :)


Hargailah orang yang tersayang, Jangan sampai HILANG :)

Okey lah sampai sini saja saya bercerita. Kalau ada salah tegur-tegur lah, jangan diam saja :)

Thanks kerana sudi baca sampai habis!

#Harap anda mengerti apa yang saya cuba sampaikan.

Assalamualaikum :D

Comments

Popular posts from this blog

can't sleep

O.O